Saturday, September 5, 2009

tanda-tanda lemah iman

1. Melakukan dosa dan perkara2 yang dilarang.Walau pun kita manusia yang lemah dan kerap lakukan dosa tetapi bukan nya lesen untutk terus lakukan dosa, contoh melihat aurat, bercakap lucah , umpat dan sebagainya. Hendaklah sentiasa beristihgfar dan usaha mendekati majlis ilmu agar Allah dan Rasul perlihara kita.

2. Tidak merasa ketaatan, malas buat ibadah,dan tidak merebut masa yang baik dan berkat. Contoh masuk waktu solat tidak ingin nak segerakan solat malah snggup tunggu buat kerja lain dulu solat last sekali walaupun di dalam waktu.

3. Merasa keras hati . Seperti dalam surah al arraf ; 179 walaupun diterangkan isi neraka dan tand2 kebesaranNya tapi mereka umpama binatang ternak yang ada otak tapi tak dok akai.

4. Tidak memberi kesan pada ayat Quran. Bacalah hujah apa pun dalam Quran tapi dia duk keras dengan hujahnya yang tah pa ha pa.

5.Tidak bersungguh lakukan ibadah kurang tadabur dan tidak khusyuk.Contoh sambil lewa membaca doa , tidak berusah untuk khusyuk dalam solat dan anggap suruhan Allah sebagai beban.

6. Lalai dari ingati Allah. Hati tidak tenteram, buat benda lain untuk tenteramkan hati padahal bila kita solat dan berzikir itu sudah cukup unutk hati jadi aman kerana kita telah mendekati Allah.

kuliah by Ust Ibrahim Zakaria

No comments:

Post a Comment